Wawasan Brunei 2035

Satu rangka kemajuan jangka panjang telah digubal bagi tempoh tiga puluh (30) tahun bermula tahun 2007 yang mengandungi Wawasan Brunei 2035, Rangka Strategi dan Dasar bagi Pembangunan, dan Rancangan Kemajuan Negara. 

Wawasan Brunei 2035 berhasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam menjelang tahun 2035, dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai: Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya diukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa; Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi di kalangan 10 negara teratas di dunia; dan Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan di antara 10 negara teratas dari segi pendapatan per kapita.

WAWASAN BRUNEI 2035 DIPERKENALKAN

2007

Kronologi Pelaksanaan Wawasan Brunei 2035