12 Oktober 2026 – Seramai 28 peserta Program Pembangunan Kepimpinan Brunei Darussalam-Malaysia-Singapura Kali Ke-17 berpeluang meneroka dan mengenali hala tuju pembangunan negara melaui sesi perkongsian Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Para peserta terdiri daripada penjawat awam dari ketiga-tiga buah negara.
Sesi perkongsian tersebut memberikan gambaran menyeluruh mengenai aspirasi dan keutamaan pembangunan negara, termasuk pencapaian pembangunan negara di bawah Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035.
Program berkenaan dikendalikan selama 12 hari bermula 12 hingga 23 Oktober 2026 yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai sistem perkhidmatan awam di Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Republik Singapura. Di samping itu, program berkenaan juga menyediakan platform bagi para peserta untuk meneroka kepentingan bersama dan peluang kerjasama, bertukar-tukar pandangan mengenai tadbir urus yang baik serta memperkukuh kerjasama antara ketiga-tiga buah negara.
12 October 2026 – A total of 28 participants of the 17th Brunei Darussalam–Malaysia–Singapore Leadership Development Programme had the opportunity to explore and gain insights into the country’s development direction through a sharing session on Wawasan Brunei 2035 delivered by the Brunei Vision Office, Prime Minister’s Office. The participants comprised public officers from all three countries.
The sharing session provided a comprehensive overview of the country’s national development aspirations and priorities, including an explanation of national achievements under the Brunei Vision 2035 Framework.
The 12-day programme, held from 12 to 23 October 2026, aims to familiarise participants with the public service systems of Brunei Darussalam, Malaysia and the Republic of Singapore. In addition, the programme provides a platform for participants to explore common interests and opportunities for cooperation, exchange views on good governance, and strengthen collaboration among the three countries.
