19 Mac 2025 – Bagi meningkatkan lagi kefahaman dan kepentingan dalam mencapai Wawasan Negara, pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat kepada lebih daripada 200 orang pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Dewan Jubli, UNISSA. Taklimat yanjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) adalah merupakan sesi kuliah khas bagi kursus Melayu Islam Beraja (MIB) tahun pertama, semester ke-2, sesi akademik 2024/2025.
Antara perkara yang ditekankan di dalam taklimat tersebut adalah pensejajaran prinsip-prinsip Maqasid Syariah dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.
