25 Oktober 2025 – Seramai 39 pensyarah dan pelajar dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) berpeluang mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri di East Wing, Bangunan JPM.
Lawatan dimulakan dengan penerangan komprehensif tentang Wawasan Negara, termasuk matlamat-matlamat utama yang ingin dicapai. Kaedah pengurusan prestasi kebangsaan Wawasan Brunei 2035 turut dikongsikan.
Taklimat tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan sambil belajar bagi Industry Guest Talk yang dikendalikan
oleh Sekolah Perdagangan UTB. Pelajar-pelajar terdiri daripada program Managerial Accounting (Tahun 2) dan program Performance Management for Accounting (Tahun 3).
