Sesi Dialog bersama Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Bahagian Wawasan, Jabatan Perdana Menteri

Dec 2, 2025 | News

2 Disember 2025 – Sesi Dialog Bahagian Wawasan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), yang melibatkan Pejabat Wawasan Brunei, Pejabat Perancangan Tenaga Manusia, Pusat Pekerjaan Brunei, Jabatan Audit, Jabatan Adat Istiadat Negara dan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara, telah diadakan di Bangunan JPM.

Mengalu-alukan kehadiran Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara ke sesi berkenaan ialah Yang Mulia Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad, Setiausaha Tetap (Wawasan), JPM.

Sesi dialog menumpukan kepada fungsi, peranan, pencapaian dan inisiatif Bahagian Wawasan dalam mendukung aspirasi negara demi kesejahteraan rakyat dan penduduk. Dialog berkenaan turut menjadi platform untuk pertukaran pandangan yang konstruktif dan strategik, selaras dengan usaha memperkukuh pelaksanaan dasar melalui pendekatan  whole-of-government dan whole-of-nation ke arah merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035.