Program Sivik Negara Brunei Darussalam Kali Pertama Bagi Tahun 2025/2026

Dec 11, 2025 | News

11 Disember 2025 – Para peserta Program Sivik Negara Brunei Darussalam Kali Pertama bagi Tahun 2025/2026 telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Program anjuran Jabatan Penerangan ini disertai seramai 48 lepasan ijazah dan mahasiswa/mahasiswi yang sedang menuntut di universiti-universiti tempatan dan luar negara.

Taklimat bertujuan untuk memberikan pendedahan yang meluas tentang kemajuan negara dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 selaras dengan objektif program tersebut iaitu memberikan kefahaman dan maklumat terkini mengenai usaha-usaha Kerajaan dan negara dalam memupuk dan menanam semangat kenegaraan berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja. Program tersebut diadakan selama lima hari merangkumi pelbagai taklimat, lawatan kerjaya dan lawatan ke agensi kerajaan dan pihak swasta.