PROGRAM i-BEGIN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI BARU BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

Nov 12, 2025 | News

12 November 2025 – Lebih dari 100 pegawai dan kakitangan yang baru bekhidmat di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengikuti taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Taklimat ini merupakan sebahagian daripada Program i-Begin iaitu kursus induksi bagi pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Kementerian tersebut.

Program yang dikendalikan oleh Unit Pembangunan Kapabiliti, Bahagian Pengurusan Strategik dan Pembangunan Kapabiliti yang diadakan di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh dimulakan dengan penerangan komprehensif tentang Wawasan Brunei 2035, termasuk matlamat-matlamat utama yang ingin dicapai.