PROGRAM INDUKSI BAGI TENAGA PENGAJAR BAHARU TAHUN 2026

Jan 26, 2026 | News

26 Januari 2026 – Seramai 28 orang tenaga pengajar yang baharu telah didedahkan mengenai Wawasan Negara semasa taklimat yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Taklimat yang diadakan di Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah sebahagian daripada sesi Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu 2026 yang diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik.

Pada sesi taklimat tersebut, antara lain dikongsikann perkembangan pembangunan negara serta usaha penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan Wawasan Brunei 2035. Taklimat ini adalah salah satu usaha Kementerian Pendidikan dalam melengkapkan tenaga-tenaga pengajar baharu dengan pengetahuan asas yang diperlukan sebagai tenaga pengajar di sekolah kerajaan melalui sesi taklimat yang disediakan. Program Induksi ini diadakan selama lima hari bermula 26 sehingga 31 Januari 2026.