TAKLIMAT WAWASAN BRUNEI 2035 BAGI KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SIRI 1/2026

Jun 22, 2026 | News

22 Jun 2026 – Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada peserta-peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 1/2026, bertempat di Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Penanjong Garison.

Kursus ini bertujuan untuk memupuk pemikiran strategik, memperkasa keupayaan kepimpinan serta memperkukuh nilai-nilai profesional yang menjadi tulang belakang ABDB.