23 Jun 2026 – Seramai 22 peserta Kursus Maktab Turus (Command and Staff Course) Sesi ke-16/2026 telah mengikuti sesi taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri bertempat di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Peserta kursus terdiri daripada pegawai-pegawai ABDB, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan.
Kursus Maktab Turus Sesi ke-16/2026 merupakan program selama 46 minggu yang bertujuan meningkatkan kecekapan profesional dan akademik para peserta dalam memahami dan menangani persekitaran strategik semasa serta implikasinya terhadap pertahanan dan keselamatan. Kursus ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam selaku penyedia akademik.
