15 Oktober 2026 – Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals – SDGs) terus dibarigakan kepada orang ramai melalui pameran Jelajah Kerjaya 2026 bagi Daerah Brunei dan Muara anjuran Pusat Pekerjaan Brunei, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Sepanjang pameran berkenaan, Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri telah berkongsi maklumat terkini mengenai Wawasan Brunei 2035 dan SDGs melalui pelbagai aktiviti interaktif dan interaksi secara langsung bersama para pengunjung termasuk para pencari kerja.
Jelajah Kerjaya 2026 yang diadakan di keempat-empat daerah sepanjang Oktober ini adalah sebuah platform yang menghubungkan pencari kerja tempatan dengan majikan. Bagi Daerah Brunei dan Muara, jelajah tersebut menyaksikan penyertaan 113 pempamer yang terdiri daripada syarikat swasta, agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan langsung asing (FDI). Sebanyak 1,448 peluang pekerjaan ditawarkan merangkumi pelbagai peringkat kelayakan, iaitu sekolah menengah dan ke bawah, teknikal dan vokasional, HND, ijazah sarjana muda serta jawatan tanpa syarat kelayakan khusus.
15 October 2026 – Brunei Vision 2035 and the Sustainable Development Goals (SDGs) continued to be promoted to the public through the Jelajah Kerjaya 2026 for the Brunei-Muara District, organised by the Job Centre Brunei, Ministry of Home Affairs. Throughout the exhibition, the Brunei Vision Office, Prime Minister’s Office, shared the latest information on Brunei Vision 2035 and the SDGs through various interactive activities and engagement with members of the public, including jobseekers.
The Jelajah Kerjaya 2026 was held across all four districts throughout October 2026, serving as a platform to connect local jobseekers with employers. In Brunei-Muara District, the roadshow featured 113 exhibitors comprising private companies, government agencies, statutory bodies, government-linked companies (GLCs) and foreign direct investment (FDI) companies. A total of 1,448 job vacancies were offered across various qualification levels, including secondary school and below, technical and vocational qualifications, Higher National Diploma (HND), bachelor’s degree, as well as positions with no specific qualification requirements.
