News
03 July 2024
Program Maqasid Syariah: Memperkasakan Advokasi Yang Berdaya Ubah
11 Jun 2024 - Seramai 109 peserta terdiri daripada belia menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (SDG) yang berlangsung di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri.
Taklimat ini merupakan sebahagian daripada pengisian program Maqasid Syariah: Memperkasakan Advokasi Yang Berdaya Ubah, yang dikendalikan oleh ASEAN Youth Advocates Network Brunei (AYAN) dengan kerjasama Majlis Belia Brunei dan sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Wawasan Brunei (PWB) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Tujuan acara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pensejajaran prinsip-prinsip Maqasid Syariah, Wawasan Brunei 2035 dan SDG. Taklimat ini juga mengongsikan gambaran keseluruhan dan fasa perjalanan Wawasan Brunei 2035 termasuk inisiatif-inisiatif negara dan pencapaian negara setakat ini.