News
02 September 2024
Taklimat bagi Bengkel Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2024-2029
26 Ogos 2024 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 khususnya kepada ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan (MOH) semasa Bengkel Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2024-2029.
Dalam taklimat tersebut, Yang Mulia Dayang Amalina binti Hj Awang Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan mengongsikan pencapaian negara setakat ini dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hasil pencapaian kebangsaan yang mendukung kepada pencapaian matlamat-matlamat Wawasan Negara.
Taklimat ini adalah sebagai persiapan awal pihak MOH dalam merangka Pelan Strategik Kementerian Kesihatan yang baharu iaitu bagi tahun 2024-2029 melalui pensejajaran dengan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.