News
22 March 2025
Taklimat bagi Progresif Sendirian Berhad (Progresif)
14 Januari 2025 – Dalam usaha merealisasikan Wawasan Brunei 2035, semua pihak termasuk sektor swasta perlu berganding bahu melalui pendekatan senegara (whole of nation approach) bagi menyumbang kepada pencapaian aspirasi negara.
Perkara tersebut antara yang ditekankan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa taklimat Wawasan Brunei 2035 yang dikendalikan oleh Progresif Sendirian Berhad (Progresif) di Ibu Pejabat Progresif, Gadong.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif dan seterusnya taklimat Wawasan Brunei 2035 yang memberikan gambaran keseluruhan aspirasi negara, inisiatif, perkembangan dan strategi yang telah dan sedang giat dilaksanakan oleh Kementerian-kementerian, agensi-agensi pelaksana dan pihak-pihak berkepentingan ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.