Turn on more accessible mode
Turn off more accessible mode
Sign In
Kementerian
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Kewangan dan Ekonomi
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
  • Kementerian Pembangunan
  • Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
  • Kementerian Kesihatan
  • Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
  • Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian
Versi Bahasa Melayu | English Version
  • WB35
  • MATLAMAT 1
  • MATLAMAT 2
  • MATLAMAT 3
  • URUSTADBIR
    • Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035
  • Maklumat Awam
Edit Title Bar Properties
Untitled_1

News
12 March 2022


Bengkel Mengenai Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Program Pembangunan (UNDP) Dalam Pelaksanaan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan

​9 Mac 2022 - Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri buat julung kalinya menjadi hos bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Program Pembangunan (United Nations Development Programme, UNDP) bagi bengkel mengenai peranan UNDP dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals, SDGs) pada 9hb Mac 2022 yang telah diadakan secara maya.

Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai peranan UNDP dalam pelaksanaan SDGs dan menerokai peluang kerjasama yang bermanfaat bagi Negara Brunei Darussalam khususnya dalam pelaksanaan SDGs.

Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan-aluan daripada Yang Mulia Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad, Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (SDGs) Negara Brunei Darussalam dan Mr Niloy Banerjee, Wakil Residen UNDP di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Seterusnya, beberapa taklimat mengenai pengalaman dalam mendukung pelaksanaan SDGs telah disampaikan oleh wakil-wakil dari UNDP dan rakan-rakan bersekutu dari Malaysia, Indonesia dan Filipina. Bengkel juga mendengarkan taklimat daripada Pengarah Pejabat Wawasan Brunei selaku Ketua Sekretariat Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDGs yang mengetengahkan pencapaian dalam pelaksanaan SDGs bagi Negara Brunei Darussalam setakat ini.

Bengkel diakhiri dengan ucapan penutup dari Yang Mulia Pengiran Norhashimah binti Pengiran Mohd Hassan, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Ms. Manon Bernier, Timbalan Wakil Residen UNDP di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. 

Hadir sama di bengkel dalam talian tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri; Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDGs; pegawai-pegawai kanan dan pegawai daripada Kementerian-Kementerian; Institusi-institusi Pendidikan Tinggi dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan. 


Countdown to Wawasan 2035
00
00
00
00
00
00
YRS
MOS
DAYS
HRS
MINS
SECS

Apakah Wawasan Brunei 2035?

Wawasan Brunei 2035 adalah hasrat negara bagi memastikan rakyat akan berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya; mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi; dan ekonomi negara yang dinamik dan berdayatahan menjelang tahun 2035

Sumber dan Rujukan

  • United Nations Development Programme (UNDP)
  • The World Bank
  • International Monetary Fund (IMF)
  • Asian Development Bank (ADB)

Pihak yang berkepentingan

  • Autoriti Monetari Brunei Darussalam
  • Jabatan Kemajuan Ekonomi Brunei (JPKE)
  • Brunei Economic Development Board (BEDB)
  • Darussalam Assets
  • Unit Dasar dan Perancangan Sumber Tenaga Manusia (MPPU)
  • Darussalam Enterprise (DARE)
  • Job Centre Brunei
  • Registry of Companies & Business Names Brunei
  • PSC Recruitment
  • Brunei Darussalam National Single Window
  • Gov.bn
  • Talian Darussalam 123
  • Land Application and Registration Information System (LARIS)
  • Pasar Pelbagai Barangan Gadong
  • Biz Brunei
  • Made in Brunei Market Fair
  • Jabatan Pembangunan Masyarakat
  • Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat
Visitor Count

 
1093677

Copyright © 2019 Wawasan 2035. All rights reserved.