News
15 November 2022
Universiti Islam Sultan Sharif Ali Minggu Ta'aruf Tahun 1 Sesi 2022/2023
28 Julai 2022 – Dalam meningkatkan kesedaran mengenai pencapaian serta cabaran dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, seramai 350 pelajar baharu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB). Ianya berlangsung di Pusat Khidmat Bakti Negara, Temburong.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWB. Dayang Hajah menekankan tentang kepentingan pendekatan rakyat senegara (Whole-of-Nation Approach) kepada para pelajar bahawasanya mereka memainkan peranan yang sangat signifikan terhadap pembangunan negara serta kemajuan negara.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan meluas terhadap Wawasan Brunei 2035 serta usaha-usaha dan perkembangan Negara kepada pelajar-pelajar baharu yang sedang menjalani Minggu Ta'aruf Tahun 1 sesi pengajian 2022/2023 selama lima hari dari 25 Julai 2022.