News
15 November 2022
Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam
8 Ogos 2022 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang ikut serta Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), JPM.
Seramai 108 pegawai dan kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat daripada beberapa Kementerian dan Jabatan menyertai Kursus Induksi berkenaan yang diadakan selama 5 hari bermula pada 8hb hingga 13hb Ogos 2022 di Dewan Isyraq (2.2), Aras 2, IPA.
Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB telah menyentuh mengenai kemajuan dan cabaran negara untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Antara tujuan taklimat tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman yang meluas tentang Wawasan Brunei 2035 dan menyunting semangat pegawai dan kakitangan kerajaan yang hadir untuk bersama menjayakan wawasan negara.