Sept 2026 – Sebagai usaha untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, peserta Projek Rintis Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) berpeluang untuk menimba ilmu mengenai Wawasan Brunei 2035 dengan mengikuti sesi aktiviti pembelajaran dan taklimat yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sesi yang dijalankan selama enam bulan di Kem Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong itu dihadiri seramai 28 orang belia yang berumur antara 20 hingga 25 tahun.
Antara mesej yang ditekankan semasa sesi taklimat adalah penglibatan belia dalam pendekatan senegara (whole-of-nation approach), yang mana belia memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan mencorak pembangunan serta kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035. Para peserta juga turut didedahkan dengan aktiviti-aktiviti interaktif untuk menggalakkan kerja berpasukan dan meningkatkan produktiviti serta kesedaran berhubung dengan Wawasan Negara.
Projek Rintis PKBN merangkumi lima komponen utama, iaitu Komponen Jati Diri, Kenegaraan dan Keugamaan; Komponen Disiplin dan Latihan Fizikal; Komponen Khidmat Komuniti; Komponen Siap Siaga Masa Depan; serta Komponen Program Pertahanan Awam. Pelaksanaan komponen-komponen berkenaan melibatkan kerjasama pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan.
Sept 2026 – As part of efforts to nurture the young generation who are well-rounded, educated and highly skilled, participants of the Projek Rintis Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) had the opportunity to learn about Wawasan Brunei 2035 through learning activities and talk sessions delivered by the Brunei Vision Office (PWB), Prime Minister’s Office (JPM). The six-month programme, held at the Kem PKBN in Batu Apoi, Temburong, was attended by 28 youths aged between 20 and 25.
One of the key messages emphasised during the talk was the involvement of youth in the whole-of-nation approach, whereby young people play an important role in shaping and driving the country’s development and progress towards achieving Brunei Vision 2035. Participants were also engaged in interactive activities aimed at encouraging teamwork, enhancing productivity, and increasing awareness of the National Vision.
The Projek Rintis PKBN comprises five main components: Character Building, Nationhood and Religious component; Discipline and Physical Training component; Community Service component; Future Readiness component; and Civil Defence Programme component. The implementation of these components involves collaboration among various ministries, departments and government agencies, the private sector, as well as non-governmental organisations.
