Sept 2026 – Wawasan Brunei 2035 dibarigakan melalui Business Roundtable Discussion yang dikendalikan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB). Taklimat Wawasan Negara yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri itu diadakan di Knowledge Hub, Anggerek Desa.
PWB menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hasil pencapaian kebangsaan yang mendukung kepada matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 dan juga usaha-usaha dalam memajukan pembangunan ekonomi negara.
Perbincangan ini diadakan untuk mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar kerjasama yang lebih erat diperkukuhkan merentas semua sektor dalam meningkatkan daya tahan negara, mempelbagaikan ekonomi serta mewujudkan peluang yang mampan bagi para pengusaha tempatan dan masyarakat secara amnya.
Melalui perbincangan roundtable ini, para peserta mengenal pasti cabaran-cabaran utama, meneroka idea-dea inovatif serta merangka pelan tindakan yang boleh dilaksanakan melalui kerjasama antara pihak Kerajaan dan sector swasta.
Sept 2026 – Brunei Vision 2035 was highlighted through a Business Roundtable Discussion organised by the Brunei Malay Chamber of Commerce and Industry (DPPMB). The National Vision talk, delivered by the Brunei Vision Office (PWB), Prime Minister’s Office, was held at the Knowledge Hub, Anggerek Desa.
PWB provided further insights into the national outcomes that contribute towards the goals of Brunei Vision 2035, as well as efforts to advance the country’s economic development.
The discussion was held in support of the titah by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to strengthen closer cooperation across all sectors in enhancing national resilience, diversifying the economy, and creating sustainable opportunities for local entrepreneurs and the community at large.
Through the roundtable discussion, participants identified key challenges, explored innovative ideas, and developed actionable plans that could be implemented through collaboration between the Government and the private sector.
