News
04 December 2018
Penglibatan sektor swasta dalam menjayakan Wawasan 2035
Progressif Cellualar Sdn. Bhd. (PCSB) 18 April 2018,
Seramai 60 kakitangan daripada Syarikat Progresif Cellular Sdn. Bhd. menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang telah diadakan pada 18 April 2018 di Ibu Pejabat Progresif. Pemberigaan ini bertujuan untuk memberigakan Wawasan 2035 kepada sektor swasta dan melibatkan syarikat-syarikat seperti Syarikat Progresif Cellular Sdn Bhd selaku Syarikat Government Link Company (GLC) untuk mengetahui peranan mereka untuk sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035.
Tambahan juga, sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Syarikat Progresif Cellular Sdn Bhd menggalakkan penglibatan orang ramai dan mendokong program-program berkaitan dengan pendidikan, alam sekitar, keusahawanan serta kesenian dan budaya.
Inisiatif-inisiatif seperti ini diharap akan dapat diungkayahkan oleh syarikat-syarikat swasta secara umum bagi sama-sama menjayakan Wawasan 2035.