Mega Fiesta KUPU SB 2025

Feb 12, 2025 | News

12 Februari 2025 – Lebih 40 peniaga yang terdiri daripada para pelajar, alumni, warga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) termasuk peniaga luar telah mendengarkan taklimat Wawasan Brunei 2035 semasa Mega Fiesta KUPU SB 2025 yang dianjurkan selama dua hari bermula hari ini, 12 Februari sehingga 13 Februari di Dewan Tarbiah, KUPU SB.

Taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyentuh mengenai inisiatif-inisiatif ke arah pencapaian Wawasan Negara dan kemajuan terkini terutamanya bagi Matlamat 3: Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan.