15 September 2025 – Sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran mengenai Wawasan Brunei 2035, seramai 60 orang pegawai dan kakitangan dalam bahagian II hingga V yang baru berkhidmat di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
Taklimat tersebut mengongsikan perkembangan dan kemajuan terkini negara termasuk inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, sektor swasta, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai usaha bersama ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.
