8 Jul 2025 – Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 terus dibarigakan melalui Program Masyarakat Bermaklumat yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah. Program yang berlangsung selama dua hari mulai 8 hingga 9 Julai 2025, disertai seramai 48 orang yang terdiri daripada Ketua Kampung serta penduduk Kampung Bukit Udal dan Penapar, Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong.
Pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri mengongsikan pencapaian usaha-usaha pelaksanaan dan pemantauan ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035 yang melibatkan kerjasama menyeluruh daripada sektor kerajaan, swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan, serta penglibatan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
