PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN MENGENAI DASAR AWAM & PENGURUSAN SIRI KE-21/2026

Jul 8, 2026 | News

8 Julai 2026 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menerima lawatan daripada peserta-peserta Program Perkembangan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Mengenai Dasar Awam & Pengurusan Siri ke-21/2026 anjuran Kementerian Pertahanan bagi mengikuti taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035. Sesi taklimat telah berlangsung di Bangunan JPM.

Semasa sesi taklimat, PWB turut mengongsikan kemajuan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035, termasuk perkembangan semasa serta usaha berterusan semua pihak melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation dalam mendukung pencapaian Wawasan Brunei 2035.

Program yang dikendalikan oleh Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah itu terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Angkatan Bersenjata daripada luar negara dan pegawai-pegawai kanan daripada beberapa kementerian dan jabatan kerajaan.