SESI PERKONGSIAN: MAJLIS BELIA BRUNEI

Jun 13, 2026 | News

13 Jun 2026 – Seramai 35 orang ahli Majlis Belia Brunei (MBB) yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Kerja Tadbir Tertinggi Pusat dan ahli Jawatankuasa Kerja Tadbir Pusat, telah menyertai sesi taklimat Wawasan Brunei 2035 yang diadakan di Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, JPM menekankan kepentingan pendekatan Whole of Nation dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, di samping memperkukuh pemahaman mengenai peranan belia sebagai rakan strategik pembangunan negara dan pemacu kemajuan negara.

Sesi ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hala tuju pembangunan negara agar perancangan strategik serta pelaksanaan program-program belia terus selaras dengan Wawasan Brunei 2035.