News
29 August 2024
Taklimat bagi Kursus Tarbiyyah Al Ihsan
12 Ogos 2024 - Taklimat mengenai hala tuju Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus diberigakan kepada peserta-peserta Kursus Tarbiyyah Al Ihsan anjuran Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan. Taklimat diadakan di East Wing, JPM.
Isi kandungan taklimat antaralain menyentuh mengenai beberapa inisiatif dan perkembangan negara setakat ini. Semasa taklimat, PWB juga menekankan tentang kepentingan pendekatan senegara (whole-of-nation approach) yang mana kejayaan Wawasan Brunei 2035 bergantung kepada penglibatan bersepadu, komitmen dan dukungan daripada semua pihak termasuk para belia.
Peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada 17 pelajar Tahun 2 di bawah Skim Biasiswa Kementerian Pendidikan yang sedang bercuti di tanah air beserta beberapa pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Pendidikan.