News
08 July 2025
Lawatan Sambil Belajar: Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam
10 April 2025 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima lawatan sambil belajar daripada pensyarah dan mahasiswa/mahasiswi program Master of Teaching, Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD) untuk memberikan pendedahan mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals – SDGs).
Para peserta turut mendengarkan Taklimat, menyertai aktiviti dan sesi perbincangan yang menghubungkaitkan teori dengan pelaksanaan dasar-dasar bagi memahami peranan mereka dalam memastikan kesiapsiagaan perubahan sebagai pendidik masa depan.
Lawatan yang bertemakan “Pendidikan untuk Pembangunan Mampan: Menghubungkan Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan" anjuran SHBIE, UBD ini merupakan peluang untuk meningkatkan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kepentingan Wawasan Negara dan SDGs, termasuk inisiatif-inisiatif yang sedang giat dilaksanakan di peringkat kebangsaan.