News
16 August 2023
Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Program Latihan Secara Dalaman Taklimat Induksi bagi Jabatan Perdana Menteri (Proper)
15 April 2023 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyampaikan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 bagi Program Latihan Secara Dalaman Taklimat Induksi bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sekurang-kurangnya 150 pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hadir mendengarkan taklimat yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Khairil Bahriah binti Pengiran Hj Mohd Ali, Pemangku Timbalan Pengarah, PWB menerangkan mengenai peranan dan fungsi Pejabat Wawasan Brunei. Selain itu, taklimat turut meningkatkan kesedaran mengenai perkembangan dan inisiatif yang telah dan giat dilaksanakan setakat ini serta kepentingan peranan setiap penjawat awam bagi mendukung pencapaian Wawasan Brunei 2035 melalui pendekatan seluruh kerajaan (Whole-of-Government Approach). Warga JPM juga diterangkan mengenai peranan Negara Brunei Darussalam dalam komitmen global untuk mencapai Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals, SDG).
Antara tujuan taklimat ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dan berpindah ke JPM (Proper) pada bulan April 2022 hingga bulan Mac 2023 untuk mengetahui mengenai visi, misi, fungsi dan peranan Jabatan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan-peraturan am dan tanggungjawab sebagai warga perkhidmatan awam.