News
09 January 2024
Taklimat bagi Program Induksi Institut Perkhidmatan Awam
7 Ogos 2023 - Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri merupakan sebahagian daripada pengisian Program Induksi bagi pegawai yang baru berkhidmat dalam Bahagian I, II, III, IV dan V yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Taklimat tersebut dhadiri seramai 74 pegawai dan kakitangan dari beberapa Kementerian dan Jabatan yang diadakan di di Dewan Israq, IPA.
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Haji Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, PWBmenekankan tentang kepentingan pendekatan Kerajaan (Whole-of-Government Approach) dan pendekatan rakyat senegara (Whole of Nation Approach) yang mana negara memerlukan kerjasama erat daripada semua pihak bagi menjayakan Wawasan Negara.. Selanjutnya aktiviti kuiz secara langsung juga diselitkan bagi menguji minda para pegawai dan kakitangan akan isi kandungan taklimat yang telah disampaikan.
Program Induksi ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas dalam perkhidmatan awam dan menyuntik semangat untuk terus memberikan kerjasama dalam mendokong aspirasi Negara.Program ini juga diharapkan akan membantu pegawai baru mengintegrasikan diri dengan lebih baik.