News
09 January 2024
Taklimat bagi Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU)
8 Ogos 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 khusus kepada Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bertempat di Dewan Melor, KHEU.
Dalam taklimat tersebut, Yang Mulia Pengiran Khairil Bahriah binti Pengiran Haji Mohd Ali, Pemangku Pengarah Wawasan Brunei memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai matlamat-matlamat wawasan Negara, supaya inisiatif Kementerian sejajar dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 serta inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang giat dilaksanakan dan perkembangan negara setakat ini. Selanjutnya sesi ulangkaji mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan inisiatif bersama Ketua-Ketua Jabatan telah diselitkan sebagai persiapan awal Kementerian bagi merangka Rancangan Strategik KHEU 2025-2029 dan bagi mengenalpasti kerangka kerja (framework) rancangan strategik yang bersesuaian bagi Kementerian berkenaan.
Antara lain objektif utama taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkemas objektif rangka kerja masing-masing dengan lebih terperinci serta dapat menyampaikan objektif dengan jelas dan konsisten kepada kakitangan masing-masing.