9 Jul 2025 – Sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai Wawasan Brunei 2035, pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) telah mengikuti taklimat yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Taklimat tersebut turut merangkumi penerangan mengenai Manpower Blueprint, Social Blueprint, dan Economic Blueprint oleh pihak Sekretariat Jawatankuasa Kerja bagi setiap blueprint. Sesi taklimat diadakan di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan MPRT.
Sesi taklimat tersebut antaralain menerangkan mengenai kepentingan usaha sama melalui pendekatan Whole of Government dan aspirasi-aspirasi di bawah ketiga-tiga blueprints yang mendukung kepada matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.
