TAKLIMAT BAGI PROGRAM EKSEKUTIF MUDA (YEP) KOHOT 11

Jun 3, 2026 | News

3 Jun 2026 – Para peserta Program Eksekutif Muda (Young Executive Programme, YEP) kohot ke-11 berpeluang meningkatkan kefahaman mengenai usaha-usaha dan perkembangan negara menerusi sesi taklimat Wawasan Brunei 2035 yang telah disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Taklimat menekankan pentingnya usahasama melalui pendekatan whole-of-government dan whole-of-nation ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Aktiviti interaktif dan perbincangan turut diadakan bagi menyemai semangat dan memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan peserta terhadap peranan masing-masing ke arah mendukung pencapaian ketiga-tiga matlamat Wawasan Brunei 2035.

Taklimat tersebut adalah salah satu pengisian bagi Program YEP yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam. Program yang berlangsung selama 13 minggu itu disertai seramai 21 orang yang terdiri dari pegawai dari Bahagian II (B2 / B2 EB3) dari beberapa Kementerian. Antara objektif program adalah bagi memberikan kemahiran dalam pengurusan diri, keberkesanan diri, kerja berpasukan dan kemahiran organisasi.