TAKLIMAT BAGI PROGRAM INDUKSI JABATAN BELIA DAN SUKAN

Jan 10, 2026 | News

10 Januari 2026 – Wawasan Brunei 2035 terus dibarigakan melalui Program Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Taklimat yang disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri antara lain menerangkan kepentingan kerjasama melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Nation ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035, di samping mengongsikan perkembangan semasa negara dalam mendukung pencapaian aspirasi berkenaan.

Program Induksi yang dihadiri seramai 50 peserta itu bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas para pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan.