Taklimat bagi Program Induksi Perkhidmatan Awam

Jul 7, 2025 | News

7 Jul 2025 – Sebagai langkah memperkenalkan pegawai dan kakitangan baharu kepada hala tuju pembangunan negara, Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri, telah menyampaikan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada seramai 200 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan baharu dari beberapa kementerian dan jabatan.

Taklimat tersebut mengongsikan perkembangan dan kemajuan terkini negara termasuk inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) sebagai usaha bersama ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035. Program Induksi Perkhidmatan Awam bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas para pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dalam perkhidmatan awam.