Taklimat Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perdana Menteri (Proper) Kali Ke 02/2025

Feb 9, 2025 | News

6 Februari 2025 – Wawasan Brunei 2035 terus diberigakan melalui Taklimat Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perdana Menteri (Proper) Kali Ke 02/2025 oleh Pejabat Wawasan Brunei (PWB) di Dewan Teater, JPM.

Taklimat antara lain menerangkan mengenai peranan dan fungsi PWB. Selain itu, taklimat turut menekankan akan kepentingan usahasama melalui pendekatan seluruh kerajaan (Whole of Government Approach) kearah merealisasikan Wawasan Negara. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pegawai dan kakitangan baharu mengenai hala tuju organisasi serta tanggungjawab mereka dalam menyokong pencapaian matlamat JPM.