News
10 January 2024
Taklimat bagi Sekolah Menengah Sayyidina Husain
20 November 2023 – Dengan tujuan untuk melahirkan generasi berwawasan, taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) diberigakan kepada penuntut-penuntut Tahun 10 dan Tahun 11 dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan. Ianya merupakan sebahagian daripada program Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Penerangan, JPM.
Dalam taklimat tersebut, Yang Mulia Hjh Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, mengongsikan beberapa inisiatif dan perkembangan yang sedang giat dilaksanakan dalam merealisasikan Wawasan Negara. PWB juga menekankan mengenai penglibatan belia sebagai pemangkin transformasi dan generasi penerus pembangunan negara ke arah memastikan Wawasan Brunei 2035 tercapai dengan jayanya.
Antara tujuan lawatan berkenaan adalah untuk memberi pendedahan mengenai dasar dan maksud kerajaan agar pelajar dapat memahami, menyokong kepimpinan Raja dan jentera pentadbiran negara dan seterusnya memperkasa kefahaman pelajar terhadap Wawasan Brunei 2035.