News
10 January 2024
Lawatan daripada peserta Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM)
21 November 2023 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima lawatan daripada peserta-peserta Bengkel ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) on Workforce Planning Analytics in the Public Sector. Peserta yang terdiri daripada 34 pegawai pengurusan pertengahan Bahagian II dari negara anggota ASEAN termasuk Negara Brunei Darussalam dan Timor Leste, serta Sekretariat ASEAN berpeluang mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 di East Wing 1, JPM.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Pengiran Khairil Bahriah binti Pengiran Haji Mohd Ali, Pemangku Pengarah Wawasan Brunei dan kemudian diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Amalina Binti Haji Awang Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan. Taklimat antaralain memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai peranan PWB dalam memantau inisiatif dan strategi kementerian yang menyumbang kepada merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Bengkel yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA), JPM adalah salah satu program yang dirancang di bawah ACCSM Workplan 2021-2025. Ianya dijalankan selama tiga hari bermula pada 20 sehingga 22 November 2023. Antara objektif bengkel ini adalah untuk memahami perancangan tenaga kerja dan komponen utamanya, melakukan analisis bekalan/permintaan dan jurang serta berkongsi amalan terbaik.