News
11 March 2024
Kursus Induksi Perkhidmatan Awam bagi Kementerian Pertahanan
5 Februari 2024 - Pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pertahanan menghadiri taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang
disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Taklimat ini adalah sebahagian daripada Kursus Induksi
Kementerian Pertahanan yang diadakan di Dewan Auditorium, Bangunan Pendidikan Sekuriti, Cawangan Sekuriti Pertahanan,
Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Ernie Yusidana binti Hj Lamit, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II (i-Ready) menyentuh mengenai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 termasuk beberapa inisiatif yang giat dilaksanakan oleh
pihak kerajaan dan juga pihak-pihak yang berkepentingan. Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran asas para pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dalam perkhidmatan awam.