News
26 March 2024
Program Generasi Berwawasan: Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Daerah Brunei dan Muara
2 Mac 2024 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri meneruskan lagi pemberigaan bagi Program Generasi Berwawasan di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Daerah Brunei dan Muara.
Program dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari PWB, yang mana antara lain menekankan kepada para penuntut dan belia tentang kepentingan pendekatan senegara (whole of nation approach) dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.
Oleh itu, belia sebagai aset negara memainkan peranan yang sangat penting bagi kecemerlangan negara serta perlu siap siaga memacu dan memimpin ke arah pembangunan dan kemajuan negara pada masa ini dan di masa akan datang.