News
03 July 2024
Taklimat bagi Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Ke-35
7 Mei 2024 - Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada 27 orang pegawai kerajaan Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-35 yang berlangsung di Bilik Ittijah, Institut Perkhidmatan Awam (IPA). EDPMMO merupakan salah satu program di bawah projek Kumpulan Pemimpin Perkhidmatan Awam (CSLP) yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Dalam taklimat tersebut, Yang Mulia Dayang Amalina binti Hj Awang Tengah, Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan menerangkan antara lain mengenai inisiatif-inisiatif serta kemajuan yang telah dicapai oleh ketiga-tiga matlamat, iaitu Matlamat 1: Rakyat yang bependidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, Matlamat 2: Kualiti kehidupan rakyat yang tinggi, dan Matlamat 3: Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan; termasuk mengenal pasti penambahbaikan yang bersesuaian. Aktiviti secara berkumpulan mengenai futures atau foresight juga diselitkan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta dalam keberkesanan perancangan apabila berhadapan dengan masa depan yang cepat berubah.
Program ini bertujuan untuk membangunkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan warga perkhidmatan awam di peringkat pengurusan pertengahan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengetuai pasukan mereka dalam menangani cabaran masa hadapan yang tidak menentu.