News
03 August 2024
Taklimat bagi Minggu Ta'aruf Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Sesi Pengajian 2024/2025
25 Julai 2024 – Lebih 400 orang pelajar yang baru memasuki Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berpeluang mendengarkan taklimat Wawasan Brunei 2035 semasa Minggu Ta'aruf UNISSA Sesi Pengajian 2024/2025 di Dewan Auditorium, UNISSA.
Dalam taklimat tersebut, Yang Mulia Hjh Siti Khadijah binti DPS Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, menyentuh mengenai fungsi pejabat serta inisiatif dan pencapaian dalam merealisasikan Wawasan Negara. Selain itu, para pelajar juga disarankan untuk sentiasa proaktif dan siap siaga dalam memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan negara melalui pendekatan senegara (whole-of-nation approach).
Minggu Ta'aruf yang diadakan bermula pada 22 Julai hingga 27 Julai 2024 dikendalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).