News
21 August 2025
Taklimat Wawasan Brunei 2035 bagi Kursus Maktab Turus Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi-15/2025
10 Jun 2025 - Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus (Command and Staff Course) Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Sesi-15/2025. Kursus Maktab Turus dikendalikan selama 46 minggu bermula pada 13 Januari 2025.
Para peserta kursus yang terdiri daripada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan telah mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Negara yang menggariskan hala tuju Wawasan Brunei 2035 dalam pembangunan negara.