News
21 August 2025
Taklimat bagi Lawatan National Defense University (NDU) of People's Liberation Army
11 Jun 2025 – Delegasi daripada National Defense University (NDU) of People's Liberation Army, Republik Rakyat China berpeluang mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh pihak Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Taklimat tersebut merupakan sebahagian daripada sesi lawatan ke Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Akademi Pertahanan, ABDB selama lima hari bermula pada 10 Jun 2025. Lawatan tersebut diketuai oleh Mejar Jeneral Li Yanhua, Political Commissar of Military Management College, NDU dan delegasi terdiri daripada 44 peserta kursus dan ahli fakulti yang berpangkat Mejar Jeneral dan Kolonel Kanan.