News
21 August 2025
Taklimat bagi Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-36
1 Jul 2025 – Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan taklimat Wawasan Brunei 2035 kepada 30 orang pegawai kerajaan Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-36 yang berlangsung di Bilik Ittijah, Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Dalam taklimat tersebut, pihak PWB antaralain mengongsikan kemajuan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035, termasuk inisiatif utama serta perkembangan yang mendukung pencapaian matlamat Wawasan negara. Aktiviti berkumpulan bertemakan futures atau foresight juga diselitkan untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap perancangan masa depan yang lebih strategik dan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi cabaran mendatang.
Program ini bertujuan memperkasa kepimpinan pegawai perkhidmatan awam di peringkat pengurusan pertengahan melalui penguasaan kemahiran kepimpinan strategik. EDPMMO merupakan salah satu program di bawah projek Kumpulan Pemimpin Perkhidmatan Awam (Civil Service Leadership Pipeline - CSLP) yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Program dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam, JPM.