Turn on more accessible mode
Turn off more accessible mode
Sign In
Kementerian
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Kewangan dan Ekonomi
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
  • Kementerian Pembangunan
  • Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
  • Kementerian Kesihatan
  • Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
  • Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian
Versi Bahasa Melayu | English Version
  • WB35
  • MATLAMAT 1
  • MATLAMAT 2
  • MATLAMAT 3
  • URUSTADBIR
    • Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035
  • Maklumat Awam
Edit Title Bar Properties
Untitled_1

News
02 December 2022


Program Jati Diri Kohort I (Sesi I)

​

11 Oktober 2022 - Dalam meningkatkan pengetahuan belia mengenai matlamat wawasan Negara, kira-kira seramai 200 peserta Program Jati Diri Kohort 1 menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri (JPM). 

 

Para peserta yang terbahagi kepada tiga platun, iaitu Platun 1, 2 dan 3 , adalah terdiri daripada penuntut-penuntut Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Taklimat tersebut dijalankan dalam dua sesi di Kem Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong, yang mana bagi sesi pertama dihadiri seramai 122 dari Platun 1, 2 dan 3. Manakala sesi kedua, Platun 4,5 dan 6 akan mengikuti taklimat pada minggu hadapan menurut jadual yang telah diaturkan.

 

Taklimat sesi pertama telah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Multazimah binti Hj Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB. Selain daripada memberikan gambaran keseluruhan mengenai Wawasan Brunei 2035, Dayang Siti juga turut menyentuh mengenai penglibatan belia dalam pendekatan senegara (Whole-of-Nation), yang mana belia merupakan generasi harapan bangsa yang bakal menerajui negara pada masa akan datang.

 

Taklimat berkenaan juga diselitkan dengan beberapa aktiviti untuk menggalakkan para platun bekerja secara berpasukan serta meningkatkan produktiviti dan kesedaran yang berhubung dengan Wawasan Brunei 2035.

 

Program Jati Diri adalah hasil kolaborasi bersama beberapa agensi iaitu IBTE, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN) dan Sekretariat Manpower Planning and Employment Council (MPEC).

 

Seramai 215 pelajar IBTE kohort pertama jurusan Industrial Skills Qualification (ISQ) dan iSkill sedang menjalani latihan Program Jati Diri selama 3 bulan mulai 20 Ogos 2022 sehingga 17 November 2022. Program ini bertujuan untuk meningkatkan, memupuk serta mengukuhkan integriti, disiplin, tanggungjawab, kerohanian dan mengubah minda pelajar IBTE agar lebih berdaya tahan, berdaya saing dan mampan.​


Countdown to Wawasan 2035
00
00
00
00
00
00
YRS
MOS
DAYS
HRS
MINS
SECS

Apakah Wawasan Brunei 2035?

Wawasan Brunei 2035 adalah hasrat negara bagi memastikan rakyat akan berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya; mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi; dan ekonomi negara yang dinamik dan berdayatahan menjelang tahun 2035

Sumber dan Rujukan

  • United Nations Development Programme (UNDP)
  • The World Bank
  • International Monetary Fund (IMF)
  • Asian Development Bank (ADB)

Pihak yang berkepentingan

  • Autoriti Monetari Brunei Darussalam
  • Jabatan Kemajuan Ekonomi Brunei (JPKE)
  • Brunei Economic Development Board (BEDB)
  • Darussalam Assets
  • Unit Dasar dan Perancangan Sumber Tenaga Manusia (MPPU)
  • Darussalam Enterprise (DARE)
  • Job Centre Brunei
  • Registry of Companies & Business Names Brunei
  • PSC Recruitment
  • Brunei Darussalam National Single Window
  • Gov.bn
  • Talian Darussalam 123
  • Land Application and Registration Information System (LARIS)
  • Pasar Pelbagai Barangan Gadong
  • Biz Brunei
  • Made in Brunei Market Fair
  • Jabatan Pembangunan Masyarakat
  • Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat
Visitor Count

 
1035746

Copyright © 2019 Wawasan 2035. All rights reserved.