Turn on more accessible mode
Turn off more accessible mode
Sign In
Kementerian
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Kewangan dan Ekonomi
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
  • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
  • Kementerian Pembangunan
  • Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
  • Kementerian Kesihatan
  • Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
  • Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian
Versi Bahasa Melayu | English Version
  • WB35
  • MATLAMAT 1
  • MATLAMAT 2
  • MATLAMAT 3
  • URUSTADBIR
    • Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035
  • Maklumat Awam
Edit Title Bar Properties
Untitled_1

News
22 February 2023


MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI WAWASAN BRUNEI 2035 KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2023

21 Februari 2023 - ​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 kali pertama bagi tahun 2023. Mesyuarat tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. 


Juga berangkat ialah paduka anaknda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035. Sebelum bermula, Surah Al-Faatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.


Semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 kali pertama bagi tahun 2023 ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah. Pada Mesyuarat ini juga, Majlis Tertinggi Wawasan Brunei antara lainnya membincangkan mengenai perkembangan Wawasan Brunei 2035 yang merangkumi Economic Blueprint, Manpower Blueprint dan Social Blueprint; serta rancangan masa depan.


Di antara peranan utama Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 adalah untuk memastikan strategi dan dasar berkaitan dengan agenda pembangunan negara diselaraskan di peringkat tertinggi dengan lebih bersistematik serta berkesinambungan bagi menangani isu-isu dan cabaran-cabaran menerajui negara ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035. ​

Countdown to Wawasan 2035
00
00
00
00
00
00
YRS
MOS
DAYS
HRS
MINS
SECS

Apakah Wawasan Brunei 2035?

Wawasan Brunei 2035 adalah hasrat negara bagi memastikan rakyat akan berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya; mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi; dan ekonomi negara yang dinamik dan berdayatahan menjelang tahun 2035

Sumber dan Rujukan

  • United Nations Development Programme (UNDP)
  • The World Bank
  • International Monetary Fund (IMF)
  • Asian Development Bank (ADB)

Pihak yang berkepentingan

  • Autoriti Monetari Brunei Darussalam
  • Jabatan Kemajuan Ekonomi Brunei (JPKE)
  • Brunei Economic Development Board (BEDB)
  • Darussalam Assets
  • Unit Dasar dan Perancangan Sumber Tenaga Manusia (MPPU)
  • Darussalam Enterprise (DARE)
  • Job Centre Brunei
  • Registry of Companies & Business Names Brunei
  • PSC Recruitment
  • Brunei Darussalam National Single Window
  • Gov.bn
  • Talian Darussalam 123
  • Land Application and Registration Information System (LARIS)
  • Pasar Pelbagai Barangan Gadong
  • Biz Brunei
  • Made in Brunei Market Fair
  • Jabatan Pembangunan Masyarakat
  • Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat
Visitor Count

 
1034564

Copyright © 2019 Wawasan 2035. All rights reserved.