News
06 January 2024
Lawatan Sambil Belajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE)
19 Jun 2023 – Beberapa tenaga pengajar dan penuntut daripada Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Wawasan Brunei (PWB).
Pada lawatan itu, rombongan turut berkesempatan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mustajir @ Md Yusre bin Hj Mabob, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II yang memfokuskan tentang pengenalan Wawasan Negara dan inisiatif-inistiaf yang telah dilaksanakan serta kepentingan sumbangan para belia dalam menjayakan Wawasan Brunei 2035.
Penuntut-penuntut tersebut terdiri daripada program HNTec in Real Estate Management and Agency, bahagian School of Building Technology & Services di bawah kampus IBTE Nakhoda Ragam. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai perkembangan negara di samping untukmeningkatkan semangat jati diri belia dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.