News
08 January 2024
Taklimat bagi Minggu Ta'aruf UNISSA Sesi 2023/2024
25 Julai 2023 - Seramai 428 pelajar yang baru memasuki Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri taklimat Wawasan Brunei 2035 semasa Minggu Ta'aruf UNISSA Sesi 2023/2024. Mahasiswa dan mahasiswi terdiri daripada 315 pelajar dalam program Pra-Siswazah; dan 113 pelajar dalam program siswazah.
Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Nur Edzalina binti Haji Idris, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA.
Taklimat ini diharapkan dapat membuka minda para pelajar dengan lebih meluas terutamanya mengenai kepentingan pendekatan senegara (Whole-of-Nation Approach) yang mana para pelajar sebagai belia merupakan aset yang penting kepada agama dan negara seterusnya generasi penerus yang bakal menerajui arus pembangunan negara.