News
09 January 2024
Taklimat bagi Kursus Induksi Institut Perkhidmatan Awam (IPA)
4 September 2023 - Taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri terus diberigakan melalui Kursus Induksi yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan.
Kursus ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dalam Bahagian III, IV dan V di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Taklimat yang diadakan di Dewan Israq, Institut Perkhidmatan Awam itu dihadiri oleh seramai 72 peserta.
Isi kandungan taklimat antaralain menyentuh mengenai beberapa inisiatif dan perkembangan negara setakat ini. Yang Mulia Hjh Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Hj Abd Rahman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II juga menekankan tentang kepentingan pendekatan senegara (Whole of Nation Approach) yang mana kejayaan Wawasan Brunei 2035 bergantung kepada penglibatan bersepadu, komitmen dan sokongan daripada semua pihak termasuk orang awam.