News
09 January 2024
Taklimat bagi Program Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (Intermediate Staff Course, ISC) Siri 23/2023
27 September 2023 - Seramai 42 peserta Program Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (Intermediate Staff Course, ISC) siri 23/2023 telah mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Pejabat Wawasan Brunei (PWB), Jabatan Perdana Menteri. Peserta ISC terdiri daripada pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB),Pasukan Polis Diraja Brunei (RBPF) dan pegawai tentera dari Republik Indonesia, Singapura, Cambodia dan Malaysia. Program tersebut dianjurkan oleh ABDB yang dijalankan mulai 28 Ogos hingga 1 Disember 2023.
Taklimat yang berlangsung di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, disampaikan oleh Yang Mulia Siti Multazimah binti Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, PWB. Taklimat mengongsikan perkembangan dan pencapaian negara setakat ini serta kepentingan usahasama melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
ISC merupakan kursus kemajuan kerjaya utama bagi pegawai-pegawai ABDB. Ianya ialah pra-syarat untuk kenaikan pangkat Kapten/Leftenan ke Mejar/Leftenan Komander dalam ABDB, dan akan terdapat beberapa penugasan yang dinilai secara rasmi.